PENGAJARAN SURAH AL-LAIL
1. Surah Al-Lail ini menjelaskan bahawa usaha manusia itu berbeza-beza, kerana itu balasannya berbeza-beza pula; orang yang suka menderma, bertakwa dan membenarkan adanya yang baik, dimudahkan Allah baginya melakukan kebaikan yang membawa kepada kebahagiaan di akhirat, tetapi orang yang dimudahkan Allah baginya melakukan kejahatan-kejahatan yang membawa kepada kesengsaraan di akhirat, harta benda tidak akan memberi manfaat kepadanya; orang yang bakhil merasa dirinya cukup dan mendustakan adanya pahala yang baik.
2. Sebelum Allah mempermudahkan jalan kebahagiaan, maka seseorang terlebih dahulu diisyaratkan untuk melakukan sesuatu dengan syarat pengalaman manusia untuk memberi dan bertaqwa serta membenarkan adanya yang terbaik. Kalau ini dilakukan, maka Insyaa Allah kemudahan yang dijanjikan akan diperolehi.
3. Segala yang berkaitan dengan kehidupan dunia adalah milik Allah SWT. Demikian juga dengan kehidupan akhirat. Allah SWT yang mengendalikan keduanya melalui hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT berlaku pada masing-masing di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment